Peristiwa Ditanggal 10 Muharram

Peristiwa Ditanggal 10 Muharram
Assalamu'alaikum . . .
Cepet banget yah, perasaan baru kemarin kita menjalani bulan oktober dan sekarang sudah masukke bulan november. Waktu memang cepat berlalu sobat.
Ah tapi aku bukan mau membahas bulan oktober atau novembernya, tetapi mau menyambung postingan sebelumnya yaitu tentang Keistimewaan Bulan Muharram  dan Puasa Dibulan Muharram.

Seperti kita ketahui, selain memiliki keistimewan-keistimewan, Bulan Muharram juga memiliki peristiwa-peristiwa sejarah Islam yang terjadi ditanggal 10 bulan ini.
Lalu peristiwa-peristiwa apa sajakah itu?
  • Hari pertama Allah menciptakan alam semesta.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. diciptakan.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon ampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke langit ketika diburu oleh tentera Roma untuk menyalibnya.
  • Sayidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah yaitu Khalifah Yazid.
  • Dan masih banyak lagi peristiwa-peristiwa yang mungkin tidak saya ketahui.
Wallohu a'lam bishshowwab.
Share: Facebook Twitter Google+