Habib Ali Al-Jufri: Taubat Seorang Pendosa

Habib Ali Al-Jufri: Taubat Seorang Pendosa

"Penyesalan adalah anugerah dari Allah سبحانه وتعالى. Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka, kerana lemahnya didalam menghadapi ujian Allah سبحانه وتعالى. Kemudian ingin kembali kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada Allah."

"Ketahuilah ini adalah berita gembira kepada mereka. Kerana menandakan "Iman kamu masih kuat di hati kamu." Kamu merasakan yang kamu pemaksiat atau pendosa. Dan kamu masih ingat kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan kamu masih ingin kembali kepada-Nya. Dan mereka ini sangat menyintai Allah سبحانه وتعالى." (Baca juga: Perjalanan Taubatnya Seorang Pembunuh)

"Ketahuilah saudaraku, selama mana kamu menyintai Allah سبحانه وتعالى. Ketahuilah bahawa Allah juga menyintai kamu. Allah menyintai mereka. Dan mereka juga menyintai Allah."

"Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak menyintai kamu. Maka, Dia tidak akan mencampakkan ke dalam hati kamu satu "perasaan kepedihan" dan kesedihan. Ini adalah perasaan yang kita rasakan "Wahai Tuhan, aku ada melakukan kesalahan."

"Perkara yang lebih bahaya dari "maksiat" adalah "terus-menerus melakukan maksiat. Rasulullah ﷺ bersabda; "Tidaklah mereka dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa, dari kalangan orang yang beristigfar bertaubat." Sekalipun kembali kepada maksiatnya tujuh puluh kali."

"Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam Neraka. Bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga? Maka pada setiapkali kamu terasa diri kamu menguasai kamu, dan syaitan telah merampas kehormatan kamu. Hendaklah baliklah ke rumah terus berwuduk, solat dua rakaat dan dalam sujud, katakanlah; "Ya Allah, diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada Mu bawalah hatiku serta diriku kepada-Mu. Sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan-Mu sehingga aku berpisah dari maksiat ini."

"Berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى, dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. Berdoalah dengan bahasa yang kamu faham. mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu dihadapan pintu Allah سبحانه وتعالى."

"Ketahuilah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula. Selesai sahaja solat kamu, Allah سبحانه وتعالى telahpun mengampun dosa-dosa kamu. Jika kamu benar-benar ikhlas."

"Selepas tu, perlulah ambil langkah pencegahan. Apakah yang membawa kamu kearah dosa? jauhi mereka yang berkelakuan jahat yang memudahkan kamu membuat jahat atau dosa. Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu sendiri. Sesuatu kewajipan yang mesti kamu tinggalkan dan cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan Islam, maka cubalah kamu mengubah diri kamu itu."

"Setitis air mata yang takutkan Allah سبحانه وتعالى, di dunia boleh memadamkan seluas api neraka jahannam. Tetapi di akhirat setitis air mata pun tidak dapat berbuat apa-apa. Bukan hanya Taubat kerana berbuat maksiat. Akan tetapi taubat untuk ketaatan juga, perlukan beribu-ribu kali taubat."
Share: Facebook Twitter Google+